HIJAUKAN RUMAH ANDA

HIJAUKAN RUMAH ANDA DENGAN GAHARU, IA AMAT MUDAH... HANYA JARAK ANTARA POKOK GAHARU 3 KAKI, TARGET 10 POKOK/RUMAH. OLEH YANG DEMIKIAN KAMI MEMBEKALKAN MINIMUM 10 POKOK GAHARU(RM10/POKOK-TERUS TANAM), KOS HANTAR FREE KE SELURUH SARAWAK.

INOKULAN 4 MOON BOOSTER - RM450/LITER

Dapatkan Inokulan SGB untuk pokok gaharu,TERBUKTI menghasilkan teras gaharu. minimum order rm310/liter, penghantaran free/percuma ke seluruh malaysia

Terbukti menghasilkan teras dalam masa tempoh 4 bulan.

hanya pembeli yang sah melalui IGS sahaja akan di bimbing mengenai teknik inokulasi dan dalam tempoh inokulasi telah dilakukan selagi tidak di campur dengan inokulan dari pihak lain.




BIJI GAHARU UNTUK DIJUAL

MUSIM BIJI GAHARU SUDAH TAMAT,, TUAN PUAN BOLEH CALL ATAU SMS 0138494242 MR ADI UNTUK BELI BIJI GAHARU. BIJI GAHARU SUBINTEGRA / CRASSNA / MALACANSIS 1kg = RM900 = lebih kurang 4000 biji 1/2kg= RM500 minimum booking : 1/2kg = RM450

mr adi
0138494242

DI JANGKA ADA JUN 2016















Showing posts with label pokok gaharu. Show all posts
Showing posts with label pokok gaharu. Show all posts

Thursday

Inokulasi pokok gaharu menggunakan inokulan IGS




 Sempat inokulasi lagi beberapa pokok gaharu menggunakan inokulan IGS ,  antara pokok gaharu yang di suntik ialah pokok gaharu spesis crassna dan subintegra.



Wednesday

kehebatan INOKULAN SGB UNTUK POKOK GAHARU : pencapaian akhir tahun 2015

sememangnya penggunaan inokulan SGB ... lokasi Sri Aman Sarawak, Malaysia .... 

kredit untuk Mr Jimmy, tq bro kerana menggunakan inokulan SGB...


Sunday

Teknik keberhasilan teras gaharu

Assalamualaikum dan bertemu kembali...

kali ini saja nak kongsi ilmu mengenai ketebalan penghasilan gaharu.... ilmu adalah ilham dari Allah swt , sedangkan ilmu itu wajib dituntut.... adalah tidak mendatangkan manfaat sekiranya ilmu itu disimpan agar keseorangan saja yg dapat manfaat atau keuntungannya...

tahu kah anda????? 

disamping inokulan yang berkesan ....bahawa kelajuan pengaliran bendalir inokulan atau kelajuan daya serapan inokulan ke dalam pokok gaharu yang disuntik akan menentukan gred gaharu, ketebalan gaharu atau jauhnya gaharu terbentuk..... 

ini dapat diumpamakan kita mempunyai telefon bimbit canggih tapi tak tahu menggunakannya....

bukan itu sahaja... besar atau kecil lubang yang ditebuk pada pokok gaharu akan mengundang kepada berlakunya penghasilan gred gaharu yang terbaik pada masa yang singkat tetapi ketebalan gaharu yang nipis tetapi berkualiti dengan gaharu warna hitam terbentuk.....

tidak semua bahagian pokok gaharu yang terhasil selepas di suntik, hanya bahagian yang di lalui inokulan sahaja yang bertindakbalas dengan isi pokok gaharu.

terlampau lebih inokulan juga akan menyebabkan isi pokok gaharu akan mereput atau membusuk tetapi kesannya akan terhasil gaharu di kawasan yang tidak mereput.



Wallahualam.....

Wednesday

inokulasi pokok gaharu hutan di miri sarawak

Alhamdulillah, selesai membuat inokulasi pokok gaharu hutan di miri sarawak . pokok setinggi 50 kaki memerlukan inokulan dalam 15 liter.... untuk fasa pertama hanya guna inokulan sgb 7ltr...

kaedah suntikan ialah teknik dripping , setiap lubang hanya perlu 500ml inokulan...


Sunday

Teras gaharu terhasil dari suntikan inokulan

Setahun selepas suntikan
Wangi dan teras gaharu terhasil - info global oud sb



Saturday

TINDAKBALAS POSITIF GUNA 4 MOON BOOSTER

Setelah 2 minggu selepas suntikan pokok gaharu menggunakan 4 moon booster, pokok yang disuntik dan disapu dengan 4 moon booster telah menunjukkan kesan positif, terdapat kesan-kesan kehitaman pada luar pokok, dan ada binatang yang tebuk pokok, ini menunjukkan 4 moon booster merupakan inokulan bio dan tiada unsur-unsur kimia.

Bila saya buka kulit pokok gaharu yang tidak disapu 4 moon booster terdapat kesan-kesan hitam hasil dari tindakbalas 4 moon booster telah berlaku, ini menunjukkan tindakbalas yang positif dimana 4 moon booster tidak perlu keseluruhan di sapu pada semua permukaan pokok kerana bahagian yang tidak disapu dengan 4mb akan bertindakbalas positif. walaubagaimanapun untuk menghasilkan kayu bagi penyulingan pokok gaharu kena tunggu 4 bulan dan ini merupakan tempoh paling awal bagi mana-mana inokulan.

disamping kita mengambil kayu bahagian luar pokok gaharu utk kegunaan penyulingan minyak gaharu (outh) dalam masa yang sama teras akan terhasil didalam pokok gaharu...maksudnya kita akan mendapat dua dalam satu.

diantara pengiktirafan 4 moon booster ialah ;

1. BioMalaysia 2010  Certification

2. BioInno Awards 2010  Bronze Certificate
3. BioInno Awards 2010 Bronze Award



GEMPAR!!!!!
gambar terbaru : hanya 2 bulan selepas suntikan
menggunakan 4 moon booster
gaharu sudah jelas terbentuk 
 




4 bulan selepas suntikan pokok gaharu menggunakan 4 moon booster
(sumber : Southern Farm Valley)
 lawatan SFV bersama Prof. Dr. Ku Halim


kesan positif guna inokulan gaharu 4 moon booster


Saudara Ali Bacha dengan bukti kesan positif penggunaan 4 moon booster terhadap pokok gaharu


AWAS !!!!!!
penggunaan jenis  inokulan gaharu yang tidak menentu akan mereputkan teras pokok gaharu.


 

Tuesday

INFO POKOK GAHARU

 PENGENALAN KEPADA POKOK GAHARU

Pokok gaharu merupakan sejenis pokok yang berasal dari hutan, di Malaysia terdapat pelbagai jenis pokok gaharu , dan merupakan spesis pokok yang dilindungi oleh Jabatan Perhutanan. Pokok gaharu boleh hidup sehingga ketinggian 750 meter dari aras laut dan memerlukan taburan hujan yang tinggi untuk hidup. Sesungguhnya masyarakat di Malaysia amat beruntung kerana hampir semua negeri mempunyai taburan pokok gaharu.

Bagi penduduk asli dari semenanjung dan penan dari sarawak, hasil gaharu merupakan salah satu hasil hutan yang amat bernilai bagi mereka sejak berabad lamanya. Penghasilan gaharu oleh masyarakat asli adalah secara tradisional seperti melalui takikan,  dan penghasilan gaharu melalui jenis ini memerlukan masa yang amat lama tetapi penghasilan gaharu yang sedikit dan kurang bermutu berbanding dengan penghasilan gaharu secara semulajadi.Walaubagaimanapun pada masa ini terdapat teknologi yang dipanggil inokulasi yang boleh menghasilkan gaharu secara buatan.

Dewasa ini kita sering mendengar bahawa hasil dari industri gaharu boleh membawa kepada hasil keuntungan yang bernilai tinggi bahkan hingga ke jutaan ringgit. Oleh yang demikian tidak hairanlah masyarakat di Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos, China berlumba lumba untuk penanaman gaharu secara ladang atau pun secara skala kecil.

    Walaupun aktiviti penghasilan gaharu dari sumber hutan  telah lama bertapak di Malaysia contohnya di Miri sejak tahun 1900an lagi namun usaha penanaman gaharu masih lagi baru di negari Sarawak. Oleh kerana permintaan teras gaharu dan minyak gaharu kian meningkat saban tahun semakin ramai masyarakat dari Malaysia tak kiralah apa bangsa dan kaum telah mula menanam gaharu samada secara perladangan ataupun secara kecil-kecilan sahaja. Permintaan yang amat tinggi ke atas produk ini telah membuka mata masyarakat dan peluang untuk menambahkan pendapatan yang lumayan seterusnya menambahkan kepada pendapatan negara.

Amat ketara pada masa ini, semakin ramai rakyat Malaysia mula giat menanam gaharu walaupun bermula hanya dengan 1 pokok gaharu. Ia amat mudah. Dengan sedikit kesabaran, ketekunan mencari ilmu berkaitan gaharu.....penantian selama 4-5 tahun selepas 2 tahun aktiviti inokulasi PASTI akan mendatangkan hasil yang baik dan lumayan walaupun hanya dengan 1 batang pokok gaharu.

Ilmu penanaman gaharu
Ramai yang beranggapan bahawa pokok gaharu merupakan pokok liar yang mudah di tanam, anggapan sebilangan besar penanam gaharu bahawa pokok ini tahan lasak adalah salah.

Tidak kira apa bidang yang akan saudara ceburi, ilmu adalah tunggak utama yang perlu di hayati dan di dalami. Begitu juga dengan penanaman gaharu , sebenarnya banyak ilmu yang perlu di cari. Ramai yang mengadu kepada penulis bahawa pokok gaharu yang di tanam sering terbantut, dan daun berwarna kekuningan. Apabila penanam mengalami masalah tersebut, lalu berputus-asa lah mereka, dan dibiarkan pokok ini hidup tanpa di baja, tidak di buat saliran malah rumput lebih tinggi dari pokok gaharu.

Penanaman gaharu adalah bisnes jangka panjang, bukan skim cepat kaya. Ia memerlukan ketekunan, kesabaran, dan masa untuk mendapat hasil yang baik dan bermutu. Bak kata orang tua-tua "Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah" , dan ingatlah tuntutlah ilmu sampai ke negeri China sekali pun.

Halatuju Industri Gaharu

bersambung....

nukilan asli oleh :
Mri Adi, IGS

MIRI, SARAWAK