HIJAUKAN RUMAH ANDA

HIJAUKAN RUMAH ANDA DENGAN GAHARU, IA AMAT MUDAH... HANYA JARAK ANTARA POKOK GAHARU 3 KAKI, TARGET 10 POKOK/RUMAH. OLEH YANG DEMIKIAN KAMI MEMBEKALKAN MINIMUM 10 POKOK GAHARU(RM10/POKOK-TERUS TANAM), KOS HANTAR FREE KE SELURUH SARAWAK.

INOKULAN 4 MOON BOOSTER - RM450/LITER

Dapatkan Inokulan SGB untuk pokok gaharu,TERBUKTI menghasilkan teras gaharu. minimum order rm310/liter, penghantaran free/percuma ke seluruh malaysia

Terbukti menghasilkan teras dalam masa tempoh 4 bulan.

hanya pembeli yang sah melalui IGS sahaja akan di bimbing mengenai teknik inokulasi dan dalam tempoh inokulasi telah dilakukan selagi tidak di campur dengan inokulan dari pihak lain.




BIJI GAHARU UNTUK DIJUAL

MUSIM BIJI GAHARU SUDAH TAMAT,, TUAN PUAN BOLEH CALL ATAU SMS 0138494242 MR ADI UNTUK BELI BIJI GAHARU. BIJI GAHARU SUBINTEGRA / CRASSNA / MALACANSIS 1kg = RM900 = lebih kurang 4000 biji 1/2kg= RM500 minimum booking : 1/2kg = RM450

mr adi
0138494242

DI JANGKA ADA JUN 2016















Showing posts with label anak anak pokok gaharu subintegra. Show all posts
Showing posts with label anak anak pokok gaharu subintegra. Show all posts

Monday

Semaian biji gaharu

semaian mudah biji gaharu , di nasihatkan untuk menyemai terus biji gaharu yang di terima... 

semaian terbaru biji gaharu subintegra





semaian biji gaharu selalu nya memakan masa 1minggu hingga sebulan, selebihnya biji gaharu rosak. anak pokok gaharu ini amatlah sensitif dengan air, lagi lagi kalau kawasan yang sering banjir.

Thursday

Penanaman Gaharu di halaman rumah

Sekiranya anda tidak mempunyai tanah yang luas untuk penanaman gaharu secara skala besar, anda boleh menanam pokok gaharu secara kecil-kecilan di halaman rumah. Kelebihannya senang di pantau, dan ketinggian pula senang di kawal.




call mr adi utk tempahan anak pokok gaharu 0138494242

Sunday

pokok gaharu malaccensis utk dijual - baka Brunei

pokok gaharu malaccensis, baka dari Brunei, baka dari Brunei merupakan baka yang gaharu yang dicari oleh pembeli teras gaharu kerana kualiti dan haruman nya yang baik dari malacensis sarawak. Itu yang buyer teras gaharu beritahu dengan saya semasa saya menjualkan teras gaharu dari Brunei Darussalam.

tinggi 1 - 2 kaki
sedia untuk ditanam

harga rm18/pokok
minimum order 20 pokok

penghantaran ke seluruh sarawak adalah free

call mr adi 0138494242

PROJEK RESIN GAHARU DISEKITAR BAKUN, SARAWAK DILANCAR

Tahniah kepada pemimpin sarawak kerana telah berusaha untuk mempertingkatkan taraf ekonomi penduduk sarawak yang berada di bakun.........


Kalau boleh luaskan ke kawasan pedalaman lain dinegeri sarawak kerana masih ramai yang mempunyai taraf hidup yang rendah.........klik link untuk berita lanjut;

PROJEK RESIN GAHARU DISEKITAR BAKUN DILANCAR


Saya pasti dan yakin...Insyallah dalam masa 4-5 tahun akan datang akan ada kilang memproses gaharu di sg. asap atau bakun ....ini adalah jaminan untuk pengusaha gaharu sarawak

INDUSTRI GAHARU SARAWAK

Thursday

anak pokok gaharu tinggi 1-2 kaki - polybag

kami membekalkan anak pokok gaharu tinggi 1-2 kaki dengan poly beg.

jenis : anak pokok gaharu subintegra
anak pokok gaharu malacansis

1 anak pokok gaharu berharga RM15.00

minimum order 20 anak pokok.

penghantaran ke seluruh sarawak sahaja.

kos hantar - percuma

kami akan memberi tunjuk ajar kepada anda berkenaan dengan penyelesaian masalah anak pokok gaharu gugur dalam polybag.....ia mudah.....anda pun boleh melakukannya...










Tuesday

POKOK GAHARU SUBINTEGRA TINGGI 1-2 KAKI

pokok gaharu subintegra tinggi 1-2 kaki - 

Kami membekalkan anak-anak pokok gaharu subintegra / maleccensis  / crassna yang berkualiti kepada anda.

Ketinggian anak pokok gaharu ialah 1-2 kaki , Minimum order 50 pokok. kos hantar percuma. Bukan stump, penghantaran dalam polybag.


Harga RM15.00/pokok. Beli banyak boleh kurang

harga tawaran anak pokok gaharu jenis sub integra / maleccensis  / crassna





 RM15.00/pokok gaharu

minimum order 50 pokok.


penghantaran keseluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak adalah free

khidmat nasihat penanaman akan dimaklumkan kepada pembeli anak pokok gaharu kami

sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
mr.adi
0138494242







Thursday

PERCUMA SOFTWARE INOKULASI POKOK GAHARU

atas sokongan tuan puan kepada kami selama ini, Tuan puan boleh donwload percuma software inokulasi pokok gaharu, ia direka khas untuk mengetahui jumlah cecair inokulan yang akan digunakan untuk satu satu pokok gaharu, cuma yang anda tahu ialah beberapa data dari pokok gaharu seperti ketinggian pokok gaharu, ukur lilit pokok gaharu, saiz mata gerudi. anda hanya masukkan ukuran tersebut dalam software dan jumlah kedalaman mata gerudi, jarak antara mata gerudi, jumlah inokulan untuk satu lubang, jumlah inokulan untuk satu pokok gaharu automatik anda akan perolehi..... sekiranya anda mempunyai masalah sila hubungi kami di rosdindi@yahoo.com atau melalui hp 0138494242.

sila hubungi saya


Friday

cara semaian biji, benih, bibit gaharu

kaedah penyemaian biji gaharu subintegra
penyediaan medium( 2:1:1) top soil : pasir sungai : baja kompos
campurkan semua medium hingga sebati

penyediaan batas
panjang dan pebar terpulang dengan tuan

buat 3 lapisan pada batas
lapisan pertama pasir, kedua baja kompos dan lapisan ketiga ialah medium....ketebalan setiap lapisan lebih kurang 3 inci.

semaian biji gaharu subintegra
semai biji gaharu subintegra dengan kepala di cucuk dalam tanah dan pelayang(ekor) menuju keatas. kedalaman biji gaharu di tanam sekadar tenggelam kepala biji gaharu
jarak antara biji gaharu yang ditanam lebih kurang 5 mm
sungkupan
buat sungkupan diatas batas, tujuan sungkupan untuk elak semaian dari terkena terus pancaran matahari, hujan, binatang.semaian yang terlalu gelap mengakibatkan kulat tumbuh pada permukaan biji gaharu.siraman
buat siraman pada waktu pagi dan petang

tempoh masa biji gaharu subintegra tumbuhlebih kurang dalam 1 hingga 2 minggu biji benih gaharu mulai tumbuh
biarkan sehingga keluar 2 - 3 daun
pindahkan dalam polybag yang telah diisi dengan medium (2:1:1 - sama dengan nisbah medium penyemaian)
pindah anak pokok gaharu
pindahkan anak pokok gaharu yang telah mengeluarkan 2 atau 3 daun. hati hati jangan sampai akar tunjang putus atau rosak.
letakkan anak anak pokok gaharu yang telah di tanam dalam polybag di bawah sungkupan....

PENJAGAAN ANAK POKOK GAHARU
anak pokok gaharu yang telah dipindahkan ke dalam polybag mestilah dijaga. Faktor yang penting ialah;

kelembapan
pastikan anak pokok gaharu di siram pagi dan petang sekiranya tidak hujan, tapi jangan terlalu basah.

Cahaya
pastikan anak pokok gaharu tidak terus terkena cahaya matahri,gunakan sungkupan yang boleh menahan cahaya matahari

Pembajaan
Seelok elok nya gunakan baja kompos untuk anak pokok gaharu, pembajaan dalam 2 minggu sekali. pada usia ini anak pokok gaharu hendaklah dipastikan subur supaya pembesaran adalah cepat.

Makhluk perosak
gunakan kaedah yang sesuai untuk membasmi makhluk perosak.

Daun gugur atau layu
masalah tanah kering atau cahaya terlampau banyak. penyelesaian masalah tanah kering ialah siram anak pokok gaharu pagi dan petang. sekiranya pendedahan cahaya matahri terlampau banyak maka double kan lapisan netting orkid (warna hitam)

kalau boleh jangan letakkan anak pokok gaharu dibawah atap zink...kerana haba panas dari zink boleh menyebabkan daun pokok gaharu layu.

buatkan satu tempat semaian yang tertutup kalau boleh.....ini bagi kawalan suhu, makhluk perosak dan binatang seperti kucing / anjing yang suka membuang najis di kawasan pokok gaharu / batas.

sekiranya anak pokok gaharu anda semua daunnya gugur.....jangan buang dulu...tidak semestinya mati....tunggu beberapa hari....anda akan nampak daun kecil akan tumbuh......

anak pokok gaharu terbantut
masalah ini berlaku kerana anak pokok gaharu yang ditanam dalam bekas polybag yang kecil, pindahkan anak pokok gaharu di bekas yang besar......anda akan nampak perbezaannya.....

penggunaan EM (efektif Mikrob)
untuk mengatasi masalah daun gugur, tuan puan juga boleh menggunakan EM yang telah dicampur dengan air, siram pada anak anak pokok gaharu.....anda akan dapat melihat perubahan beberapa hari selepas semburan EM tersebut.

Pucuk Muda pokok gaharu layu dan gugur.
Tentu anda yang telah menanam gaharu telah melalui proses ini. Binggung sungguh sekiranya permasalahan ini berlaku keatas pokok gaharu yang tinggi.  Permasalahan ini sebenarnya  berpunca dari kekurangan magnesium(mg). Untuk mengenalpasti daun muda yang layu dan gugur, tanda-tanda yang pertama ialah daun muda yang keluar berwarna hijau kekuningan, selepas beberapa hari ia akan berwarna kekuningan , layu dan gugur. Untuk kes ini sila dapatkan baja jenis NPK+mg   .......





Perparitan / sistem aliran

Mungkin ramai yang tidak mengambil endah tentang sistem perparitan di dalam penanaman gaharu samada secara kecil kecilan atau perladangan.

Akar pokok gaharu sangat sensitif dengan kandungan air yang banyak bertakung....sebab itu apabila tuan lihat ada anak pokok gaharu di tanam dalam kawasan yang mudah bertakung maka pertumbuhan pokok gaharu tersebut akan terbantut, pucuk pokok yang mula tumbuh akan mula gugur, daun akan berwarna kekuningan, dan seterusnya daun akan luruh, tapi jangan bimbang....jarang pokok dalam keadaan ini akan mati cuma sebilangan kecil sahaja akan mati.

Penyelesaian untuk kes begini adalah buat aliran air dan parit yang bersambung dengan alur air dan seterusnya ke sungai.

Faktor tanah
Faktor tanah juga penting dan mempengaruhi pertumbuhan pokok gaharu anda. Pengalaman penulis penanaman pokok gaharu di kawasan tanah yang keras, dan berbatu......boleh menyebabkan anak pokok gaharu terbantut. Pokok gaharu akan membesar tapi dengan nisbah pembesaran yang lambat. Selalunya ketinggian pokok gaharu yang di tanam dengan ketinggian 3-5 inci pada permulaan, akan mencapai diameter pokok antara 2-3 inci  dalam masa satu tahun setengah.





Thursday

POKOK GAHARU MALACCENSIS / SUBINTEGRA DI JUAL





Kami merupakan pembekal utama anak pokok gaharu subintegra.


  • pokok gaharu subintegra = rm 7.00 / sebatang (2-5 inci) - semaian dari biji (tiada stok)
  • minimum order ;20 pokok ; kos hantar percuma ke seluruh sarawak.


pembelian banyak harga boleh runding dan kurang.



Monday

POKOK GAHARU JENIS SUBINTEGRA YANG MEMBESAR



















gambar yang ditunjukkan merupakan anak anak pokok gaharu yang disemai dari biji sehingga menjadi anak pokok gaharu subintegra. usia anak pokok gaharu tersebut lebih kurang 9 bulan dengan ketinggian antara 3 - 4 kaki. kadar pertumbuhan anak anak pokok gaharu bergantung kepada cara penjagaan, tanah, baja yang digunakan.



perhatikan gambar daun pokok gaharu jenis subintegra, ia mempunyai jalur yang gelap yang membentuk dari tengah daun ke bahagian tepi daun.

jangan anda fikirkan anak anak pokok gaharu kalau setelah tumbuh anda boleh biarkan begitu sahaja.....sebenarnya ia memerlukan penjagaan yang rapi dan kerap.

PENGENALAN

Sejak 2006 kami telah memulakan perniagaan berkenaan dengan industri gaharu.
Perniagaan kami meliputi :
  • pembekalan biji gaharu, 
  • anak anak pokok gaharu, 
  • minyak gaharu asli, 
  • inokulan gaharu(4 moon booster),
  • khidmat nasihat penanaman gaharu,
  • pembelian / penjualan teras gaharu.
  • Penanaman gaharu secara perladangan
  • Efektif Mikrob (EM)
  • Pembajaan pokok gaharu
Dengan pengalaman 7 tahun dalam industri gaharu, pelbagai cabaran dan penyelesaian dalam permasalahan berkenaan gaharu telah kami hadapai satu persatu.  Bermula dari situlah kami telah berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami terhadap pelanggan yang di hormati.

Semoga usaha kita dalam menghijaukan bumi ini di samping mendapat pulangan pendapatan dari industri gaharu mendapat keredhaan dari Allah SWT.


Salam hormat dari saya dari saya
Mr Adi
0138494242

"pertanian adalah perniagaan"